Saturday, February 27, 2010

SuLuHkan SinAr-TsUnAmI

TeRiMa LaH Lrik LaGu KeRoHaNiaN dr BloK J

Bayangkan hanya berbumbung langit
Berdinding sekadar angin
kerana syurga mereka telah dimamah bencana
satu harta yang tinggal
hanya nyawa
Bayangkan semua insan
dirampas sekelip mata
nisan pun tiada tempatnya
warisan keluarga hanya pada nama
Oh tuhan
beri ketabahan hati mereka
menempuh dugaan yang melanda
kita sesama manusia turut mendoakan
agar Kau suluhkan sinar dan harapan
Ketika kita bersyukur dilindung
ada mereka diselubung pilu
mengharungi hidup bergantung pada simpati
masa depan hanya sejauh hari esok
Oh tuhan
beri ketabahan hati mereka
menempuhi dugaan yang melanda
kita sesama manusia turut mendoakan
agar Kau suluhkan sinar dan harapan..

0 comments: